One-shot: My Cute Bodyguard
Thursday 29 December 2011 , 00:54 , 4bunny(s)


Title: My Cute Bodyguard
Genre: Comedy Romantic // PG-13
Featuring: Lee Hyunwoo, Moon Heesu, Nam Woohyun, Jung Nahyun
Words: 1,888 


“Eh, Heesu, kau kena jadi mentor Hyunwoo kan? Berhati-hati tau. Haha.” Ceh, Jiyeon ni. Mentang-mentanglah dia tak terpilih.

“Kenapa? Aku tengok Hyunwoo baik je, walaupun orang selalu panggil dia bad boy.” Heesu malas mahu melayan Jiyeon yang asyik mengusik dia.

“Memanglah, dia tu samseng tau walaupun muka dia cute macam tu. Lagipun minggu lepas aku ternampak dia belasah junior kita. Fuh, sebab tu aku suruh kau hati-hati. Nanti kau pulak yang kena belasah.” Panjang lebar Jiyeon bercerita.

Heesu dah mula takut. Macam mana dia nak mengajar budak Hyunwoo tu nanti? Mungkin dia kena belasah dulu sebelum dia mengajar budak tu nanti. “Ah, maksudnya dia gangster lah? Alamak. Macam mana nanti? Aku nak tarik diri lah.” Cepat betul Heesu berputus asa.

“Woi, tak payahlah. Sebenarnya bagi aku, kau lagi menakutkan dari Hyunwoo tu. Mesti kau boleh tahan punyalah dengan mamat tu. Hehe.” Ni nak puji ke nak kutuk ni? Suka hati mak bapak dia je kan. Huh.

Pelajar-pelajar top 10 akan dipasangkan dengan pelajar-pelajar tercorot bagi membantu memperbaiki keputusan peperiksaan mereka dalam satu program yang dinamakan Program Mentor-Mentee. Heesu pula merupakan antara pelajar top 10 sekolah itu. Dia dipasangkan dengan Lee Hyunwoo, pelajar tercorot kelas F yang mempunyai banyak masalah disiplin. Pelajar-pelajar tersebut dikehendaki mengadakan sesi pertama di perpustakaan sekolah. Para guru yang menjadi penasihat program ini akan memantau pelajar-pelajar tersebut.

“Mana partner awak?” Tanya Puan Ahn pada Heesu.

“Err…saya tak tahu,” Heesu menggelengkan kepalanya.

“Pergi cari dia,” arah guru tersebut.

Heesu melangkah keluar dari perpustakaan dengan hati yang bengkak. Dia merungut sendirian sambil menghentak-hentakkan kakinya. Ketika dia berjalan menuruni tangga, dia tiba-tiba tergelincir lalu jatuh di atas seseorang. 

Alangkah terkejutnya Heesu apabila dia mendapati dirinya berada di atas Hyunwoo. Mereka sama-sama membeliakkan mata akibat terkejut. Heesu cepat-cepat bangun dan membaiki skirtnya.

“Weh, kau buta ke apa?”

“Aku tak sengajalah!”

“Tengok apa yang kau dah buat! Habis berselerak barang-barang aku!” Hyunwoo meninggikan suaranya pada Heesu.

Heesu merengus lalu tunduk untuk mengutip barang-barang Hyunwoo. Tiba-tiba ada sesuatu menarik perhatiannya. Heesu mengutip patung dolphin berwarna biru yang jatuh di kakinya. Hyunwoo membuntangkan matanya apabila melihat apa yang dipegang Heesu lalu merampas dolphin tersebut daripadanya.

Namun, tindak balas Heesu lebih pantas. Dia segera menyembunyikan dolphin tersebut di belakang badannya. Dia mengulumkan senyuman nakal. Padan muka kau, Hyunwoo.

“Weh, baik kau bagi balik menatang tu!” Hyunwoo berteriak.

“Ini, kau punya ke?” Dia mengunjukkan dolphin itu ke arah Hyunwoo. Dia tertawa kecil di dalam hati apabila melihat muka Hyunwoo sudah memerah.

“Nampaknya bukan,” Heesu masih lagi ingin menguji Hyunwoo. Dia menyimpan patung dolphin itu ke dalam poket jaketnya lalu melangkah pergi.

Heesu mengambil tempat duduknya di perpustakaan selepas memberitahu Puan Ahn bahawa Hyunwoo akan tiba sebentar lagi. Beberapa minit selepas itu, Hyunwoo mengambil tempat di hadapan Heesu dengan muka yang masam. Heesu buat muka selamba lagi sambil membelek-belek buku rujukan di hadapannya.

“Baiklah, kita mula belajar sekarang.”

Heesu menyuruh Hyunwoo menyiapkan latihan yang telah disediakan guru penasihat mereka. Hyunwoo mengikut apa yang diarahkan Heesu tanpa membantah. Setengah jam berlalu, Heesu tidak mempedulikan Hyunwoo dan membuat kerja sendiri. Tiba-tiba Hyunwoo melemparkan alat tulisnya dan latihan tersebut ke arah Heesu. “Waaargh, membunuh punya soalan!” Hyunwoo bersandar pada kerusinya sambil berpeluk tubuh.

“Siapa suruh kau malas belajar sangat.”

“Apa kau kata?” Hyunwoo mencerlungkan matanya pada Heesu. Heesu tersentak kerana tidak menyangka bahawa Hyunwoo akan terdengar kata-katanya sebentar tadi. Heesu hanya angkat bahu dan menyambung kerjanya.

Hyunwoo berdehem kecil. Heesu angkat muka. Hyunwoo lantas berpaling ke arah lain. Heesu tersenyum tapi dia tidak berbuat apa-apa melainkan menyambung kerjanya. Tiba-tiba dia rasa kakinya disepak seseorang.

“Apa kau nak?” Heesu mengulang ayat pertama yang keluar dari mulut Hyunwoo ketika mereka ditemukan di taklimat Program Mentor-Mentee.

“Aku nak menatang tu balik,” Hyunwoo berkata dengan suara yang perlahan.

“Menatang apa?” Heesu buat-buat tak faham.

Belum pun sempat Hyunwoo menjawab, Puan Ahn menuju ke arah mereka. Hyunwoo terpaksa menyambung menyiapkan latihan tersebut. Heesu cuma boleh gelak jahat dalam hati apabila melihat muka kesian Hyunwoo sebentar tadi.

Selesai sesi pertama program Mentor-Mentee tersebut, Heesu segera beredar. Dia menuntun basikalnya keluar dari kawasan sekolah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba dia ditahan oleh sekumpulan pelajar.

“Hey kau! Dah berapa kali aku bagitau, jangan dekat dengan Woohyun oppa!” Ugut gadis yang bermekap tebal itu atau lebih dikenali sebagai Jung NaHyun disekolah. 

Heesu memerah mindanya supaya mengingat apa yang telah berlaku sehingga membuatkan peminat fanatik Woohyun ini mengugutnya. Sudah masuk kali kelima dalam bulan ini dia diugut oleh orang yang sama dan kawan-kawannya. Takkanlah peristiwa Woohyun mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendapat ranking top 10 yang menyebabkan gadis itu cemburu? Atau takkanlah peristiwa di kafe sekolahnya ketika mana Woohyun dan rakan-rakannya mengusiknya kerana terlanggar Woohyun?

“Hey, perempuan! Kau bisu ke apa, hah?” Nahyun yang bengang dengan Heesu yang mendiamkan diri sejak tadi menolaknya sehingga dia jatuh ke atas jalan raya.

Tiba-tiba seseorang muncul dan membantu Heesu berdiri. Alangkah terkejutnya Heesu apabila melihat Hyunwoo yang berdiri di hadapannya. Hyunwoo menuju ke arah Nahyun dan kawan-kawannya dengan muka yang selamba. Dia menolak Nahyun ke dinding dan menahan Nahyun menggunakan tangannya. Tangannya yang sebelah lagi membelai muka Nahyun sambil berkata, “Sayang…muka cantik tapi perangai hodoh!”

Hyunwoo meludah ke atas jalan raya. “Ini amaran pertama, Jung Nahyun. Masuk kawasan aku, kau memang cari nahas!”

Heesu dapat melihat Nahyun terketar-ketar apabila melihat renungan tajam Hyunwoo. Wah, boleh tahan samseng jugak mamat jambu ni. Nahyun dan kawan-kawannya segera beredar dari situ. Hyunwoo menyerahkan beg sekolah Heesu yang dikutipnya kepada Heesu. Heesu segera tunduk dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Hyunwoo berdesis, “Kalau bukan sebab menatang tu, jangan harap aku nak tolong kau.”

“Baiklah, kau nak patung dolphin ni?” Heesu mengeluarkan dolphin itu dari poket jaketnya lalu mengunjuk ke arah Hyunwoo. Hyunwoo hanya merenungnya tajam dan menunggunya menyambung kata-katanya.

“Aku akan bagi dolphin ni kepada kau dan takkan bagi tau rahsia ni kepada siapa-siapa dengan tiga syarat.”

“Kau gila apa? Aku baru saja selamatkan kau dari betina-betina tu!”

Heesu tidak mempedulikan Hyunwoo dan menyambung, “Syarat pertama, kau mesti patuhi tiga syarat ni dan ikut cakap aku sepanjang sesi mentor-mentee nanti.”

“Perempuan gila!” Hyunwoo merengus kasar.

“Perempuan gila, huh? Okay, aku akan sebarkan hal ni kepada semua orang,” ugut Heesu.

“Yelah yelah! Apa syarat kedua?”

“Kedua, kau mesti hadir semua sesi mentor-mentee dan siapkan semua latihan yang diberi.”

Lelaki itu mengangguk tanda dia mendengar. “Okay.”

Heesu menarik nafas sebelum menyambung, “Ketiga, sepanjang enam bulan sesi mentor-mentee diadakan, kau kena jadi bodyguard aku.”

“Bodyguard? Okay, setakat berlawan tu memang kepakaran aku,” lelaki itu tersengih bangga.

Lalu, patung dolphin itu bertukar tangan. Hyunwoo menyisipkan patung itu kedalam beg sekolahnya. Dia berkata, “Dah, mari aku hantar kau balik.”

Pada permulaannya, Heesu dan Hyunwoo sering bertengkar. Lama-kelamaan mereka bertambah rapat. Heesu langsung tidak menyangka bahawa Hyunwoo akan patuh dengan semua syarat-syaratnya. Hyunwoo juga sentiasa berada berdekatan dengan Heesu bagi memastikan Heesu tidak lagi diugut dan dibuli oleh Nahyun dan kawan-kawannya. Ketika rakan-rakan Woohyun datang mengusik Heesu dengan seniornya itu, Hyunwoo turut berada disitu sambil memberikan pandangan yang tidak menyenangkan, membuatkan mereka segera beredar.

Tanpa disedari, tempoh enam bulan sesi mentor-mentee akan berakhir tidak lama lagi. Hyunwoo pula bertungkus-lumus dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun sambil dibantu oleh Heesu. Pada hari terakhir sesi mentor-mentee mereka, tiba-tiba Hyunwoo dan Heesu menjadi segan dengan diri masing-masing. Hyunwoo menutup buku latihannya, menjadi orang yang pertama antara mereka untuk memecahkan kesunyian. “Lagi dua hari lagi dah nak final.”

Heesu menghulurkan tangannya kepada Hyunwoo, “Aku ucapkan yang terbaik untuk peperiksaan akhir tahun nanti.”

Hyunwoo berkata, “Terima kasih kat kau jugak, mentor. Kau banyak tolong aku.” Hyunwoo menyambut huluran tangan Heesu lalu menarik Heesu ke dalam dakapannya. Heesu menjadi kaku tiba-tiba. Hyunwoo juga turut merasainya lalu melepaskan dakapannya.

“Aku…” serentak mereka berkata. Ketawa mereka pecah dengan perlakuan masing-masing. 

“Ladies first.”

“Aku pergi dululah.” Heesu mengutip barang-barangnya diatas meja lalu beredar dari kelas Hyunwoo.

Hyunwoo cuma mampu membuang pandang ke luar tingkap.

Peperiksaan akhir tahun sudah lama berakhir. Keputusan peperiksaan akhir tahun juga sudah keluar. Heesu berjaya mendapat ranking top 3 pada kali ini. Dia juga bangga apabila melihat keputusan Hyunwoo telah banyak meningkat.

Hari itu, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku. Woohyun telah meluahkan perasaan dan melamarnya menjadi teman wanitanya. Namun, Heesu menolak. Pada sangkaannya, dia akan menerima lamaran seniornya yang telah lama dia minati dari jauh. Heesu jadi keliru dengan perasaannya sendiri. Sejak akhir-akhir ini, dia sering teringatkan Hyunwoo. Teringatkan senyuman lelaki itu, mukanya ketika marah, mukanya yang memerah ketika malu diusik mengenai patung itu dan sikapnya yang suka membangga-banggakan diri.

Tanpa disedari, dia berjalan pulang kerumah dengan menangis teresak-esak. Dia sendiri tidak mengerti mengapa. Tiba-tiba dia ditahan oleh sekumpulan pelajar yang sangat dia kenali, iaitu Nahyun dan kawan-kawannya.

“Aku dah lama bersabar dengan kau. Kau bersama-sama dengan bad boy tu, tapi dalam masa yang sama kau nak kebas jugak Woohyun oppa?” Nahyun bertanya dengan nada yang marah.

“Kalau kau ingat aku dah jadi girlfriend Woohyun-sunbae, kau silap,” entah kenapa kali ini Heesu mendapat kekuatan untuk menjawab.

“TIPU!” Nahyun membentak.

Alangkah terkejutnya Heesu pada waktu yang sama tiba-tiba ada seseorang datang dan memegang erat tangannya.

“Dia tak tipu,” suara itu berkata.

“Kau? Macam mana kau tahu?”

“Aku tahu sebab …” Heesu mengalih pandangannya ke arah Hyunwoo. Pada masa yang sama, Hyunwoo meleretkan sebuah senyuman lalu menarik Heesu kearahnya. Bibir mereka pun bertemu.

Heesu membuntangkan matanya dengan aksi Hyunwoo yang mengejutkan itu. Dia cepat-cepat menolak Hyunwoo dari dirinya.

“Nampak tak muka dia?” Hyunwoo merenung Nahyun sambil tersenyum nakal. Heesu segera menutup mukanya yang memerah itu dengan beg sekolahnya.

Hyunwoo menyambung, “Itu maknanya, Heesu menyukai aku. Bukannya Woohyun yang kau gila-gilakan sangat tu!”

Nahyun berkata, “Kau tahu apa? Walaupun dia sukakan kaupun, dia masih lagi berfoya-foya dengan Woohyun oppa!”

“Kau tahu tak, dia tolak lamaran untuk jadi teman wanita lelaki itu sebab dia sukakan aku?” senyuman Hyunwoo makin melebar ke telinga. Heesu tidak sanggup angkat muka untuk melihat muka Hyunwoo.

“Baiklah, aku percaya! Aku harap kau boleh jaga perempuan ni elok-elok,” Nahyun sempat berpesan sebelum mengajak kawan-kawannya beredar dari situ.

Heesu menendang kaki Hyunwoo sebagai tanda tidak puas hati. Hyunwoo mengerang kesakitan. Dengan suara yang lirih, “Sampai hati kau buat aku macam ni.”

“Kau buat aku macam tadi tu takpe!”

“Betullah. Aku nak selamatkan kau je.”

“Kenapa kau nak selamatkan aku pulak? Kau bukan bodyguard aku lagi dah!”

“Mestilah aku kena lindungi kau, aku kan dah jadi teman lelaki kau,” Hyunwoo memancarkan senyuman sejuta megawattnya itu kepada Heesu.

“Sejak bila?” Heesu meningkah.

“Sejak aku cium kau tadi?” Hyunwoo buat muka seolah-olah berfikir.

Muka Heesu memerah lagi tanpa diminta. Dia mendengus kasar sebelum melangkah meninggalkan lelaki itu.

“Yah, tunggu la dulu!” Hyunwoo  cuba bersaing dengan Heesu.

“Bukan kau tadi menangis sebab teringatkan aku ke?” Dalam mengah, Hyunwoo bertanyakan Heesu. Heesu tiba-tiba berhenti melangkah. Dia berpaling ke arah Hyunwoo. “Macam mana kau tahu?” Dia merenung tajam Hyunwoo.

“Err…aku ikut kau. Lepas aku nampak kau keluar dari kelas, aku cepat-cepat ikut kau,” dengan jujur, Hyunwoo meluahkan kepada Heesu.

Tapi kenapa? Heesu mungkin dapat meneka tapi dia tidak berani untuk bertanyakan Hyunwoo. Tiba-tiba Hyunwoo melutut dan meraih tangan Heesu, “Kau jadi teman wanita aku eh? Aku akan lindungi kau dari betina-betina tu, dan sesiapa saja yang cuba kacau kau.”

Heesu tergamam. Selepas menarik nafas seketika, dia berkata, “Kalau kita sekelas tahun depan, aku setuju.”

“Mana aci macam tu!” Hyunwoo membentak. Heesu berfikir-fikir mengenai lamaran Hyunwoo.

“Okey, kita lumba lari. Kalau kau sampai kedai aiskrim tu dulu, aku terima kau,” Dia tersenyum nakal lalu berlari meninggalkan Hyunwoo. Hyunwoo pun mengejar dari belakang. 

“Yah, Moon Heesu!” 



TAMAT.

Labels: ,


Meet the Disclaimer
Assalamualaikum
Hello stalkers. Welcome to my world. Follow my rules or I'll banned the presence of you here. Respect me and I'll respect you too. Don't rip anything here. I didn't serve the tagboard. Take a note. Thank you.

»know more about the owner. »fanfic list are here. »back to my stories.
da Credits
This template made by Anis Marcella .

Re-coding by Evil Witchi




« OLD NEW »